Sunday 11 February 2018

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA TEKNIKAL & PENGELOLAAN CATUR MSS MELAKA TAHUN 2018




Tarikh              :           25 hb Januari 2018
Masa                :           2.30 petang – 4.35 petang
Tempat            :           Makmal Komputer A,SMK Sungai Rambai.
Pengerusi         :           Pn. Norhayati bt. Abdul Samad ,GPK Koku SMK Sungai Rambai.

Kehadiran :
1.                  Pn. Norhayati bt. Abd Samad (PK KoKurikulum)
2.                  En. Shafee b. Sulaiman (Penyelia Sukan)
3.                  En. Abdul Rahman b. Abdul Aziz (Penyelia Sukan)
4.                  En. Azmi b. Md Yusuf (PTPS Catur Melaka)
5.                  En. Sarawanan a/l Muniandy (SU PTPS Catur Melaka)
6.                  En. M. Fakhrullah b. Othman
7.                  En. Roslan b. Sulaiman
8.                  En. Marzuki b. Abdullah
9.                  Tn. Hj. Kalapiah b. Shapie
10.              Pn. Yati bt. Mohd Ali
11.              Pn. Jamaliah bt. Mohamad
12.              Pn. Roszainun bt. Zainal Abidin
13.              Cik Sh. Nawirah bt. Sy., Hassan
14.              Pn. Noor Husnizah bt. Hussin
15.              En. Juljasmi b. Jusoh
                       
1.0  Ucapan Aluan Pengerusi - Pn. Norhayati Abd Samad

1.1.   Pengerusi Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK Teknikal dan Pengelolaan Catur MSSM  ke mesyuarat pada kali ini dan memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.
1.2.   Beliau turut menyampaikan salam Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Majlis Perpisahan mantan pengetua dan persaraan ketua kerani sekolah.
1.3.   Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En. Shafiee dan pegawai-pegawai teknikal dalam menguruskan pencarian pemain catur berbakat mewakili Melaka untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu pada bulan Ogos nanti.
1.4.   Pengerusi juga mengumumkan tarikh kejohanan catur peringkat negeri iaitu bermula pada 2,3,4 & 5 hb April 2018 yang akan berlangsung di Dewan Iltizam SMK Sungai Rambai.
1.5.   Belaiu juga berharap AJK dapat memberikan komitmen tinggi dan kejohanan ini dapat memberi impak keberhasilan yang tinggi dalam memilih wakil pemain catur MSS Melaka.

( Tindakan : Makluman )

2.0  Ucapan En. Mohd Shafee b. Sulaiman (Penyelia Sukan, JPN Melaka)

2.1.   En. Shafee mengucapkan terima kasih dan mengucapkan syabas kepada AJK Teknikal dan Pengelolaan Catur MSS Melaka kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama dengan jayanya.
2.2.   Seterusnya beliau memberikan info terkini berkaitan Unit Sukan dan kaedah baru dalam penganjuran latihan pusat. Beliau memberi cadangan agar murid didedahkan dengan pertandingan dan kejohanan catur yang sebenar bagi mencungkil bakat-bakat baru.
2.3.   Beliau turut menyatakan rasa kecewa kerana pertandingan peringkat daerah terpaksa dibatalkan atas kekangan kewangan. Namun, beliau merasakan bahawa AJK boleh menumpukan kepada pembangunan sukan catur yang mana lebih penting.
2.4.   Beliau menyatakan bahawa perlu ada perancangan baru yang lebih teratur, ditambah baik dan perlu kaedah baru untuk mencari bakat pemain catur sebagai pasukan pelapis. Beliau menegaskan AJK perlu berani dan cuba ubah suai kaedah yang sedia ada dalam sukan catur khasnya.
2.5.   Belaiau turut menyampaikan amanat Dr Aras (KU Sukan JPN , Melaka) iaitu semua jenis sukan diberi target dalam MSSM. Setiap pasukan perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya tempat ke-8 dalam ranking sukan yang disertai.
2.6.   Seterusnya, belaiu menyampaikan amanat Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, iaitu sukan, kokurikulum dan akademik perlulah seimbang agar tiada murid yang tercicir. Beliau juga menyatakan bahawa sekiranya ada murid yang mempunyai masalah disiplin (SSDM) maka murid tersebut terpaksa digugurkan kerana dikhuatiri memberi kesan negatif dalam pasukan yang disertai.
2.7.   Seterusnya, beliau memberi pesanan agar guru-guru yang terlibat sebagai jurulatih atau pegawai sukan perlulah mengutamakan kerja sekolah terlebih dahulu. Pastikan kerja-kerja di sekolah disiapkan dan tiada komplen daripada pihak pentadbiran. Integriti guru haruslah dijaga rapi kerana timbul isu guru keluar sekolah atas urusan sukan tetapi tidak hadir ke tempat sepatutnya.
2.8.   Beliau juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada guru-guru yang masih setia dengan sukan catur sehingga kini dan berharap dapat meneruskan kerjasama yang diberikan disamping mencari muka baharu.
2.9.   Sekali lagi beliau berpesan agar AJK dapat mencari kaedah baru untuk menaikkan ranking murid-murid terutama dalam pembangunan sukan catur. Beliau menyarankan AJK membawa murid menyertai kejohanan catur di luar agar  murid dapat pendedahan dari awal lagi. Unit sukan akan cuba membantu dari sudut menyediakan pengangkutan. Bajet perlu berhemah. Beliau berkata, pendekatan ini adalah lebih praktikal dan berkala sesuai dengan pembangunan sukan catur.

 ( Tindakan : Makluman )





3.0  Ucapan En. Azmi b. Mohd Yusof (PTPS Catur Melaka)
3.1.   En. Azmi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada AJK Teknikal dan Pengelolaan Catur MSS Melaka yang terpilih kerana sudi menghadiri mesyuarat ini. 
3.2.   Seterusnya beliau sekali lagi mengingatkan tentang tarikh kejohanan catur iaitu pada 2, 3, 4 & 5 hb April 2018, yang bakal diadakan di Dewan Iltizam.
3.3.   Beliau seterusnya memaparkan Jadual Pertandingan dan Jadual Agihan Tugas AJK (sila lihat lampiran A).
3.4.   Beliau menerangkan yuran pertandingan telah dinaikkan kepada RM 7.00 setiap peserta kerana kekangan kewangan dan untuk menampung kos penyewaan peralatan catur serta upah arbiter.
3.5.   Pihak Unit Sukan akan menyediakan sijil dan medal bagi 10 orang pemenang setiap kategori iaitu B12, B15 dan B18 (lelaki & perempuan).
3.6.   Pihak sekolah SMK Sg Rambai akan menyediakan sijil penyertaan bagi semua peserta.
3.7.   Bagi pemilihan pemain pula, pemain yang berada di ranking 1 hingga 6 akan dipilih secara automatik untuk mewakili Pasukan Catur MSS Melaka bagi setiap kategori. Pemilihan akan dilakukan melalui Sistem Swiss Manager dan ia adalah muktamad. Tidak perlu dibuat selection sekali lagi.
3.8.   En. Marzuki membangkit isu pemain yang berpakat untuk seri semata-mata bagi mendapatkan mata. En Azmi menyatakan bahawa tindakan pemain berpakat untuk mendapatkan seri adalah tidak dibenarkan berdasarkan perkara 9.1.1 Peraturan dan Undang Persekutuan Catur Antarabangsa.  Pemain perlu mendapat kebenaran arbiter dalam menentukan keputusan seri.
3.9.   Pemasangan pemain dari pasukan sekolah yang sama akan dielakkan di pusingan akhir.Yindakan ini adalah perlu untuk mengelakkan pemain berpakat seri sesama pemain. Perkara ini akan ditekankan dalam mesyarat Pengurusan nanti. Selain itu, peserta yang kalah di pusingan awal dan tidak hadir ke pusingan seterusnya akan berhadapan dengan hukuman denda pada tahun berikutnya.Mereka juga tidak akan diberikan sijil penyertaan.
3.10.                    En Azmi juga menunujukkan takwim catur dan program-program yang dirangka untuk memajukan sukan catur dalam kalangan murid. (sila Layari www.caturmssmelaka.blogspot.com). Antaranya ialah program Rebung Emas, Permata Harapan dan Klinik Catur. Setiap peserta akan mendapat medal dan sijil. Sumber   program ini adalah daripada sumbangan yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 setiap siri setiap peserta.
3.11.                    En. Syafee mencadangkan agar istilah ‘program’ ditukar kerana ia akan melibatkan pihak Unit Sukan JPN, walhal permainan Rebung Emas, Permata Harapan dan Klinik Catur ini adalah atas usaha PTPS Catur dan AJK Teknikal sendiri. Beliau juga menegaskan agar cadangan ini diusulkan dalam mesyuarat Pengurusan Catur nanti.
3.12.                    Selanjutnya, PTPS Catur juga menunjukkan jadual agihan tugas AJK Teknikal dan Pengelolaan catur Melaka. (sila layari www.caturmssmelaka.blogspot.com)
3.13.                    Seterusnya, pemurnian peraturan pertandingan sukan catur. PTPS Catur meminta AJK untuk meneliti dan meminda draf peraturan agar dapat dimurnikan lagi. (sila layari www.caturmssmelaka.blogspot.com)
3.14.                    Bagi sekolah yang mempunyai pemain kebangsaan, mereka dibenar menghantar tambahan 2 orang pemain lagi. (pemain kebangsaan + 2 orang pemain) bagi setiap kategori. penyertaan pemain kebangsaan adalah dibenarkan melalui system wild card, termasuk yang berasal dari luar negeri Melaka.
3.15.                    Bagi susunan ranking peserta pula, akan ditentukan melalui Sepuluh Terbaik tahun lepas. Manakala,bagi murid lain akan ditentukan mengikut susunan abjad nama masing-masing.
3.16.                    Sekolah pengelola diberi keutamaan dalam mengisi kekosongan pemain penggenap bagi setiap kategori, sekiranya tiada, maka sekolah lain boleh diundi melalui persetujuan AJK Teknikal dan Pengeloaan Catur MSS Melaka.
3.17.                    Pemain akan bermain 8 pusingan di setiap kategori dengan kawalan masa 30 minit untuk 5 pusingan pertama,60 minit bagi baki 3 pusingan.
3.18.                    Pemain adalah digalakkan untuk merekodkan setiap pergerakkan.Perkara ini adalah diwajibkan di kebanyakkan negeri selain Melaka.Setiap pemain diwajibkan merekodkan pergerakan mulai tahun hadapan.
3.19.                    PTPS Catur juga berjaya mendapatkan Piala Pusingan untuk setiap kategori permainan catur. Ia adalah sumbangan dari kalangan AJK Teknikal dan Pengelolaan catur sendiri, yang mana nama penyumbang telah dirahsiakan.
3.20.                    PTPS  menegaskan agar pengiraan mata bagi menentukan juara berpasukan dikira  bagi 2 orang pemain terbaik setiap kategori.Kiraan mata pemenang adalah mengikut standard kebangsaan. Johan,30 mata.Tempat ke 2,23 mata,Tempat ke 3,17 mata,tempat ke 4 hingga 8,10 mata.Tempat ke 9 hingga 32,5 mata.
3.21.                    Bagi pengiraan mata dalam PAJSK, pemain yang mendapat nombor ke-3 hingga ke-10 adalah dianggap sebagai tempat ketiga dalam peringkat pencapaian murid dalam PAJSK (ini adalah sebagai menghargai sumbangan mereka).
3.22.                    Bagi arbiter-arbiter pertandingan, surat akan dikeluarkan oleh pihak Unit Sukan JPN Melaka danakan  diberi sijil penghargaan.
( Tindakan : AJK Teknikal & Pengelolaan Catur MSS Melaka)

4.0   Ucapan penutupan.
4.1.   Pengerusi Majlis Pn. Norhayati Abd Samad, mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Shafee, AJK Teknikal dan Pengelolaan Catur MSS Melaka kerana sudi menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini.
4.2.   Belaiu mengakhiri mesyuarat dengan tasbih kifarah.

 ( Tindakan : Makluman )     

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.

Disediakan oleh

…………………………………
Sarawanan a/l Muniandy
Setiausaha PTPS Catur MSS Melaka




LAMPIRAN A

FORMAT PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI
Sistem : Swiss Individu
Bilangan Pusingan : 8 Pusingan
Kawalan Masa :30 minit untuk 5 pusingan pertama/ 60  minit untuk 3 pusingan terakhir bagi setiap pemain.

JADUAL PERTANDINGAN

Kategori;  L12/P12/P15     

2 April 2018
Pusingan 1                              9.30 pagi  hingga 10.30 pagi
Pusingan 2                             10.40 pagi hingga  11.40 tgh
Pusingan 3                             11.50 ptg hingga  12.50 tgh
Pusingan  4                             2.00 tgh  hingga 3.00 tgh
Pusingan  5                             3.10 ptg hingga 4.10 ptg

3 April 2018 
Pusingan   6                             9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Pusingan   7                            11.10 pagi hingga 1.10 pagi
Pusingan   8                            2.00 ptg hingga 4.00 ptg
Majlis Penutup                       4.15 ptg

 Kategori :  L15/L18/P18      

4 April 2018

Pusingan 1                             9.30 pagi  hingga 10.30 pagi
Pusingan 2                            10.40 pagi hingga  11.40 tgh
Pusingan 3                             11.50 ptg hingga  12.50 tgh
Pusingan  4                             2.00 tgh  hingga 3.00 tgh
Pusingan  5                             3.10 ptg hingga 4.10 ptg

5 April 2018 

Pusingan   6                             9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Pusingan   7                            11.10 pagi hingga 1.10 pagi
Pusingan   8                            2.00 ptg hingga 4.00 ptg


Majlis Penutup                       4.15 ptg



           


No comments:

Post a Comment