Tuesday 27 March 2018

PENDAFTARAN ONLINE KEJOHANAN CATUR MSS MELAKA 2018

                                           
                                             
                                               
                                                   Isi borang pendaftaran online pada pautan berikut :

                                                           Borang Pendaftaran Online
                                               
                                             SEBELUM ATAU PADA 24 Mac 2018 (Selasa)


Friday 16 March 2018

MINIT MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN CATUR MSS MELAKA 2018







Tarikh : 13 Mac 2018
Hari : Selasa
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Iltizam SMK SUNGAI RAMBAI
Pengerusi Pengelola : Tn Hj Azhari Bin Jaafar ( Pengetua SMK Sungai Rambai)
Kehadiran : 94 orang (45 Sekolah Rendah 49 Sekolah Menengah)



1.0 Ucapan Pengerusi Pengelola(Tn Hj Azhari bin Jaafar-Pengetua SMK Sungai Rambai)
1.1 Tn Hj Azhari Bin Jaafar selaku pengetua SMK Sungai Rambai mengalu-alukan kehadiran guru-guru pengurus pasukan ke SMK Sungai Rambai bagi Kejohanan Catur Peringkat Negeri Melaka tahun 2018.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa Kejohanan Catur MSS Melaka dijadualkan berlangsung bermula pada 2 April sehingga 5 April 2018 di Dewan SMK Sungai Rambai.Pada 2 April - 3 April adalah bagi kategori L12,P12 dan P15.Manakala pada 4 April – 5 April adalah bagi kategori L15,L18 dan P18.
1.3 Sekolah-sekolah yang berminat,boleh membuat pendaftaran secara online melalui blog catur(www.caturmssmelaka.blogspot.com). Pendaftaran online dibuka bermula pada 13.03.2018 sehingga 24.03.2018.
1.4 Bayaran yuran penyertaan ialah RM 7.00 bagi seorang murid. Bayaran mestilah dibuat menggunakani cek atas nama PIBG SMK SUNGAI RAMBAI. Bayaran Penyertaan boleh diserahkan sebelum atau semasa hari pertandingan pada 02.04 2018 dan 04.04. 2018.
1.5 Makan dan minum peserta adalah di bawah tanggungjawab guru pengiring masing-masing.
1.6 Tempat letak kenderaan untuk guru pengiring ialah di perkarangan Balai Polis Sungai Rambai berhadapan sekolah. Tempat pertandingan adalah di Dewan Iltizam SMK Sungai Rambai.
2.0 Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Catur Negeri Melaka ( Tn Hj Azmi Bin Yusof)
2.1 Pendaftaran peserta adalah secara online di blog www.caturmssmelaka.blogspot.com.Tarikh daftar bermula pada 13 Mac 2018 sehingga 24 Mac 2018. Tarikh tutup pendaftaran adalah selepas 24 Mac 2018 .
2.2 Yuran RM 7.00 dikenakan bagi setiap pemain. Cara pembayaran menggunakan cek nama PIBG SMK SUNGAI RAMBAI. Cek boleh diserah sebelum atau pada hari pertandingan.
2.3 Maklumat Kejohanan Catur MSS Peringkat Negeri Melaka :
2.3.1 Kejohanan akan diadakan pada 2,3,4 dan 5 April 2018 bermula jam 8.00 pg - 4.30 menggunakan Sistem Swiss Individu.
2.3.2 Kesemua pemain diwajibkan bermain sebanyak pusingan 8 pusingan sehingga tamat. Kawalan masa yang digunakan ialah 30 minit untuk 5 pusingan pertama, 60 minit untuk pusingan 6,7 dan 8.
2.4 Jadual Kejohanan (Sila layari www.caturmssmelaka.blogspot.com).
2.5 Pada waktu rehat, guru pengiring boleh mencari tempat yang sesuai. Bagi yang muslim boleh menunaikan solat di surau SMKSR atau Masjid Al-Hasanah, Sungai Rambai .
2.6 Majlis Penyampaian hadiah untuk kategori L12,P12 dan P15 akan diadakan pada hari selasa bersamaan3 April 2018.Manakala Majlis Penyampaian Hadiah untuk kategori L15,P18 dan L18 pula akan diadakan pada hari khamis bersamaan 5 April 2018.Majlis penutupan dan penyampaian hadiah ini dijangka bermula pada jam 4.15 petang.
2.7 Sekiranya ada guru yang ingin memesan makanan,boleh menghubungi pengusaha Kantin SMK Sungai Rambai iaitu En Zaid di talian 0108093688.
2.8 Pihak Jabatan Pendidikan Melaka menerusi Unit Sukan menyediakan 10 hadiah terbaik individu bagi setiap kategori berupa medal dan sijil pemenang.Pihak pengelola juga akan berusaha untuk menyediakan sijil penyertaan bagi setiap pemain.Di samping itu,JK Teknikal Catur MSS Melaka telah menyumbangkan hadiah tambahan berupa 8 buah piala pusingan khas untuk kategori pasukan sekolah terbaik.6 buah piala pusingan tersebut adalah khas untuk pasukan sekolah terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan.Manakala 2 buah piala pusingan lagi adalah untuk pasukan sekolah terbaik keseluruhan(Sekolah Menengah) dan terbaik keseluruhan(Sekolah Rendah).
2.9 Tandas lelaki dan perempuan ada disediakan di sebelah kiri dan kanan dewan.
2.10 Guru pengiring boleh mencari tempat yang sesuai untuk menganalisa permainan bersama murid masing-masing.
3.0 Peraturan Pertandingan Catur MSS Melaka
3.1 Peraturan pertandingan boleh didapati di blog Catur MSS Melaka di alamat www.caturmssmelaka.blogspot.com
3.2 Pengurus pasukan hendaklah membawa sesalinan Mykid atau Mykad peserta pada hari kejohanan, dimana pihak pengelola berhak untuk memeriksa pada bila-bila masa sepanjang masa kejohanan.
3.3 Kejohanan Catur MSS Melaka 2018 adalah menggunapakai Peraturan Permainan Catur MSS Melaka (Pindaan Januari 2018),Peraturan Pertandingan Catur MSSM (Pindaan 2017), Peraturan –peraturan Am MSSM yang sedang berkuatkuasa serta Peraturan dan Undang-Undang Catur Antarabangsa(FIDE Laws of Chess) yang sedang berkuatkuasa.
3.4 Susunan Pemain(ranking) adalah berdasarkan pencapaian pertandingan MSS Melaka tahun sebelumnya sehingga kedudukan ke -10 bagi setiap kategori.Pemain yang mendapat kedudukan terbaik hendaklah diletakkan/diberikan ranking pertama dan seterusnya.Pemain yang telah berubah kategori adalah tidak terlibat dalam kategori ini.Seterusnya,pemain –pemain lain di susun berdasarkan susunan abjad.
3.5 Sekolah pengelola diberi keutamaan dalam menghantar pemain penggenap bagi setiap kategori, sekiranya tiada, maka sekolah lain boleh diundi melalui persetujuan AJK Teknikal Catur MSS Melaka.
3.6 Arbiter berhak menamatkan permainan sekiranya tempoh masa salah seorang pemain telah tamat.
3.7 Masa menunggu(Default time) adalah 30 minit.
3.8 Merekod pergerakan adalah tidak diwajibkan untuk kejohanan pada tahun ini.Namun ia akan diwajibkan bermula pada kejohanan MSS Negeri tahun hadapan. Sekiranya ada peserta yang ingin merekod pergerakkan,ia adalah amat-amat digalakkan.
3.9 Kaedah Menentukan Pemenang
3.9.1 Pemain yang menang diberikan 1 mata,1/2 mata jika seri dan 0 mata jika
kalah.Pemain ’ bye’ diberikan 1 mata.
3.9.2 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan
seterusnya.
3.9.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama,sistem pemecah seri(tie-break)
berikut hendaklah digunakan.
a) Mata Solkoff/ Buchholz
b) Mata Sonneborn Berger
c) Personal Encounter
d) Mata Median-Solkoff/Median Buchholz
e) Mata Progresif/kumulatif
3.9.4 Keputusan (Standings) yang dijana dan dikeluarkan oleh Sistem Swiss
Manager adalah muktamad.
3.10 Pakaian bermain adalah pakaian seragam sekolah atau pakaian kelab catur sekolah
dan berseluar panjang, pakaian yang sopan dan berkasut.
3.11 Telefon bimbit dan cermin mata hitam tidak di benarkan untuk di bawa ke dalam
dewan.
3.12 Dewan permainan akan di letakkan tali sempadan.Guru pengiring hanya boleh
duduk di luar sempadan kawasan permainan .
3.13 Pihak pengelola akan menyediakan meja yang sesuai untuk pertandingan.
3.14 Pemain yang tidak berpuashati dengan keputusan arbiter,boleh terus merujuk
kepada ketua arbiter.Jika masih tidak berpuashati,pengurus pasukan boleh bersemuka dengan ketua arbiter untuk mendengar penjelasan.Bantahan dan rayuan boleh di rujuk kepada Jawatankuasa Bantahan/Rayuan dengan mengemukakan bantahan secara bertulis disertakan bayaran wang pertaruhan sebanyak RM200.Bantahan secara bertulis ini hendaklah dibuat sebelum bermula pusingan seterusnya.
3.15 Pemain adalah tidak dibenarkan menarik diri semasa apabila kejohanan telah
dimulakan.Setiap pemain dikehendaki bermain sehingga ke pusingan ke 8 untuk
melayakkan mereka mendapat sijil penyertaan.
3.16 Sekiranya pemain melakukan kesalahan ‘Illegal Move’(Pergerakan Tidak Sah) kali
pertama, masa pemain pihak lawan akan ditambah 2 minit.Untuk kesalahan kali ke
2,pemain yang melakukan kesalahan tersebut akan dikira ‘disqualified’ untuk pusingan
itu.Kad kuning akan dikeluarkan kepada pemain yang melakukan kesalahan ‘illegal
move’ kali pertama.
4.0 Ucapan Penutupan.(Pn Norhayati binti Abdul Samad-GPK Koku SMK Sungai Rambai)
4.1. Pengerusi Majlis Pn. Norhayati Abd Samad, mengucapkan ribuan terima kasih Tn Hj Azmi selaku PTPS Catur MSS Melaka di atas taklimat yang disampaikan.
4.2 Beliau memaklumkan terdapat beberapa sekolah yang memaklumkan ketidakhadiran ke Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan pada 13 Mac 2018 di SMK Sungai Rambai tetapi masih berminat menyertainya.Sekolah –sekolah tersebut ialah SK Dato Thamby Chik, SMK Sultan Iskandar Shah dan SK Tanjung Minyak.
4.3 Beliau meminta pengurus-pengurus pasukan yang hadir agar dapat memberikan nombor telefon pengurus pasukan sekolah masing-masing bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat dan pendaftaran menerusi grup Kejohanan Catur MSS Melaka yang menggunakan applikasi telegram buat sementara waktu.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh                        Disemak oleh:                                               Disahkan oleh
................................               ....................................                               ................................
Fauziah Binti Hashim          Tn Hj Azmi bin Md Yusof                         Tn Hj Azhari bin Jaafar
Pen Setiausaha                     PTPS Catur MSS Melaka                         Pengetua SMK Sg Rambai